Selamat Datang Ke Laman Blog PSS SK Sepri Tengah

Saturday, January 16, 2010

Catatan Terakhir

Bermula dari catatan ini, blog ini akan ditamatkan. Terima kasih atas segala sumbangan, lawatan, idea dan komen. Semoga anda diberkati Allah dan sentiasa sukses. Blog PSS SK Sepri Tengah akan berwajah baru suatu hari nanti. Salam ukhuwah

Friday, November 20, 2009

UPSR 2009

Nor Fathihah Baharudin telah menjadi pelajar terbaik UPSR 2009 dengan mendapat 4A 1B. Beliau satu-satunya pelajar yang mendapat keputusan 4A. Beliau juga adalah calon pelajar harapan untuk 5A.
Walaupun tidak ada pelajar yang mendapat 5A, tetapi keputusan keseluruhan adalah meningkat berbanding tahun-tahun yang lepas. Peningkatan ini adalah usaha semua pihak dalam memastikan kejayaan pelajar-pelajar Sekolah ini

TOKOH NILAM SEKOLAH

Siti Nur Binti Mohd Nor telah dinobatkan sebagai TOKOH NILAM SK SEPRI TENGAH. Beliau adalah pelajar 4 Bestari dan telah membaca sebanyak 398 buah buku Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Beliau telah dianugerahkan sijil dan juga hadiah iringan sebagai insentif kepada usaha beliau selama ini. Semoga apa yang dilakukan selama ini akan menjadi contoh kepada pelajar yang lain.

Wednesday, November 18, 2009

Sambutan Hari Raya RIMUP

ISNIN, 12 OKTOBER 2009 - Berdasarkan gagasan "1Malaysia" SK Sepri Tengah telah mengadakan satu program khas di bawah program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan atau lebih dikenali dengan akronimnya RIMUP iaitu Program Sambutan Aidilfitri di Dewan Bestari SK Sepri Tengah yang menggabungkan 4 buah sekolah (termasuk SK Sepri tengah)iaitu SK Datuk Undang Abdullah, SJK(C) Sungai Muntoh, dan SJK(C)Chun Yin. Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan cukup meriah dengan pelbagai persembahan kebudayaan yang dipersembahkan oleh wakil setiap sekolah yang terlibat. Program ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh YB Tuan Siow Chen Pin ADUN Kawasan Chennah merangkap ahli Exco Kerajaan N.Sembilan.Semua murid turut bersama-sama menikmati pelbagai jenis juadah berkonsepkan Hari Raya Aidilfitri yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Program ini berakhir pada jam 12.00 tengah hari dalam suasana yang gembira dan ceria. Diharapkan program seperti ini mendapat kerjasama yang sebaiknya dan dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

Kursus Literasi Internet Tahun 6







Kursus Literasi Internet bagi Tahun 6 telah diadakan oelah JK Program Selepas UPSR dengan kerjasama PSS. Program ini telah diadakan di Makmal ICT Kolej Komuniti. Para pelajar telah di dedahkan dengan pelbagai aspek mengenai ICT oleh Pensyarah Kolej Komuniti dan oleh GPM sendiri. Majlis yang berlangsung dari jam 8.00 hingga 2.00 petang ini dihadiri oleh 25 orang pelajar. Antara yang didedahkan ialah pengenalan internet, email, enjin carian dan beberapa tajuk lain lagi
PUSAT SUMBER SEKOLAH © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute