MENU UTAMA
Buku Tamu
Pautan Pendidikan Negeri
Pautan PKG NSDK
Pautan PSS
- PSS SJKC KG Baru Petaling
- PSS SK Kuala Klawang
- PSS SMRA Kuala Klawang
- PSS SK Peradong
- PSS MRSM Kuala Klawang
- PSS SMK Undang Jelebu
- PSS SMK Simpang Gelami
- PSS SK Daruk Undang Abdullah
- PSS SJKC Yuk Hua
- PSS SK Kampai
- PSS SK Amar Penghulu
- PSS SMK Dato Undang Musa
- PSS SK Undang Jelebu
- PSS SJKC Chun Yin
- PSS SMT Kuala Klawang
- PSS SK Sepri Tengah
- PSS SK Teriang
Akhbar Harian
Pautan Kementerian
- Senarai Penuh Kem & Jabatan
- Jabatan Perdana Menteri
- Kem.Kebud. Belia & Sukan
- Kem. Kewangan Malaysia
- Kem. Sains & Teknologi
- Kem. Tenaga, Tekn. Hijau & Air
- Kem. Perum. & Kerj. Tempatan
- Kem. Pelajaran Malaysia
- Kem. Wilayah Persekutuan
- Kem. Pemb. Luar Bandar & Wilayah
- Kem. Dalam negeri
- Kem. Kerjaraya
- Kem. Pengajian Tinggi
- Kem. Luar negeri
- Kem. Kesihatan Malaysia
- Kem. Pertahanan Malaysia
- Kem. Sumb. Asli & Alam Sekitar
- Kem. Pengangkutan Malaysia
- Kem. Sumber Manusia
- Kem. Pembg. Wanita & Keluarga
Institusi Pengajian Tinggi
- Univ.Teknologi Petronas
- Univ. Sains Islam Malaysia
- Univ. Malysia Sabah
- Univ. Malaysia Sarawak
- Univ, Industri Selangor
- Management & Science Univ.
- Univ. Mulmedia Malaysia
- Univ. Teknologi Mara
- Univ. Pend. Sultan Idris
- Univ. Sains Malaysia
- Univ.. teknologi Malaysia
- Univ. Putra Malaysia
- Univ. Kebangsaan Malaysia
- Univ. Malaya
Perkhidmatan Pelajaran
Radio Komunikasi
Blog Archive
Saturday, January 16, 2010
Catatan Terakhir
Bermula dari catatan ini, blog ini akan ditamatkan. Terima kasih atas segala sumbangan, lawatan, idea dan komen. Semoga anda diberkati Allah dan sentiasa sukses. Blog PSS SK Sepri Tengah akan berwajah baru suatu hari nanti. Salam ukhuwah
Friday, November 20, 2009
UPSR 2009
Nor Fathihah Baharudin telah menjadi pelajar terbaik UPSR 2009 dengan mendapat 4A 1B. Beliau satu-satunya pelajar yang mendapat keputusan 4A. Beliau juga adalah calon pelajar harapan untuk 5A.
Walaupun tidak ada pelajar yang mendapat 5A, tetapi keputusan keseluruhan adalah meningkat berbanding tahun-tahun yang lepas. Peningkatan ini adalah usaha semua pihak dalam memastikan kejayaan pelajar-pelajar Sekolah ini

TOKOH NILAM SEKOLAH
Siti Nur Binti Mohd Nor telah dinobatkan sebagai TOKOH NILAM SK SEPRI TENGAH. Beliau adalah pelajar 4 Bestari dan telah membaca sebanyak 398 buah buku Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Beliau telah dianugerahkan sijil dan juga hadiah iringan sebagai insentif kepada usaha beliau selama ini. Semoga apa yang dilakukan selama ini akan menjadi contoh kepada pelajar yang lain.
Wednesday, November 18, 2009
Sambutan Hari Raya RIMUP
ISNIN, 12 OKTOBER 2009 - Berdasarkan gagasan "1Malaysia" SK Sepri Tengah telah mengadakan satu program khas di bawah program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan atau lebih dikenali dengan akronimnya RIMUP iaitu Program Sambutan Aidilfitri di Dewan Bestari SK Sepri Tengah yang menggabungkan 4 buah sekolah (termasuk SK Sepri tengah)iaitu SK Datuk Undang Abdullah, SJK(C) Sungai Muntoh, dan SJK(C)Chun Yin. Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan cukup meriah dengan pelbagai persembahan kebudayaan yang dipersembahkan oleh wakil setiap sekolah yang terlibat. Program ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh YB Tuan Siow Chen Pin ADUN Kawasan Chennah merangkap ahli Exco Kerajaan N.Sembilan.Semua murid turut bersama-sama menikmati pelbagai jenis juadah berkonsepkan Hari Raya Aidilfitri yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Program ini berakhir pada jam 12.00 tengah hari dalam suasana yang gembira dan ceria. Diharapkan program seperti ini mendapat kerjasama yang sebaiknya dan dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.
Kursus Literasi Internet Tahun 6

Kursus Literasi Internet bagi Tahun 6 telah diadakan oelah JK Program Selepas UPSR dengan kerjasama PSS. Program ini telah diadakan di Makmal ICT Kolej Komuniti. Para pelajar telah di dedahkan dengan pelbagai aspek mengenai ICT oleh Pensyarah Kolej Komuniti dan oleh GPM sendiri. Majlis yang berlangsung dari jam 8.00 hingga 2.00 petang ini dihadiri oleh 25 orang pelajar. Antara yang didedahkan ialah pengenalan internet, email, enjin carian dan beberapa tajuk lain lagi
Pengedan PSS 2009
Pengredan PSS bagi SK Sepri Tengah telah diadakan pada September lalu. Sekalkli lgi PSS Sk Sepri Tengah mengekalkan gred A bagi tahun 2009. Pencapaian ini merupakan pencapaian terbaik dan usaha-usaha mempertingkatkan lagi pencapaian akan dilakukan dari masa ke semasa oleh guru-guru yang terlibat seperti En Wahidan Yunus, Guru Perpustakaan dan En Norzaman Abu Hassan, GPM.
Saturday, September 26, 2009
Kempen Basuh Tangan
Gejala H1N1 yang menular sekarang ini amat membimbangkan. Justru itu, langkah proaktif telah diambil dengan menjalankan kempen basuh tangan. Kempen yang mendedahkan cara menjaga kesihatan dengan sistematik ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Zainal Abidin Jaafar, Guru Besar SK Sepri Tengah bertempat di Dataran Perhimpunan. Penyampaian penutup mulut juga telah dilaksanakan. Program ini dilaksanakan di bawah program Doktor Muda 

da
da
Thursday, September 10, 2009

Warga kerja PSS SK Sepri Tengah dan warga SK Sepri Tengah, Kuala Klawang merakamkan ucapan Salam Aidil Fitri buat semua warga JPNS, BTPNNS, PKG seluruh Negeri Sembilan, GPM, guru-guru serta semua pengunjung laman ini. Semoga syawal membawa seribu keberkatan
Wednesday, September 9, 2009
Datuk Undang Abdullah-Singa Jelebu

D atuk Abdullah bin Panglima Muda hidup sezaman dengan dua Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, iaitu Tuanku Muhammad Shah ( 1888-1933 ) dan Tuanku Abd.Rahman (1933-1957). Sezaman dengan Datuk Undang Luak Johol, Datuk Kamat, Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Kelana Maa'mur dan Undang Luak Rembau, Datuk Abdullah bin Dahan. Zaman pemerintahannya selama 43 tahun ( 1902-1945), sebagai Undang Luak Jelebu yang ke-12 dengan memakai gelaran Datuk Mendalika Menteri Akhir Zaman penuh dengan kenangan manis serta cerita-cerita pelik dan ganjil, hebat dan menakjubkan sehingga menjadi buah mulut yang diperkatakan sepanjang masa. Walaupun Datuk Abdullah Panglima Muda telah lama bersemadi, ( beliau meninggal pada tahun 1945, kerana sakit tua di Kampung Peradong, Kuala Klawang) dalam daerah Jelebu tidak dapat dilupakan begitu sahaja.
Antara kisah yang paling menarik ialah dalam tahun 1920-an, pada masa itu Datuk Abdullah sudahpun menjadi Undang dan tinggal di rumah sendiri dekat Kampung Peradong, tidak jauh daripada Kuala Klawang. Sewaktu malam sewaktu dalam perjalanan pulang dari Kelab Kuala Klawang, tatkala sedang melintasi sebuah jalan selekoh di tepi lereng Bukit Sarin dekat dengan Bandar Tinggi ( kawasan ini terletak antara Kuala Klawang dan Kampung Peradong) tiba-tiba kereta kuda yang sedang dipacu oleh Datuk Abdullah berhenti dan tidak mahu jalan. Puas diusahakan, kuda-kuda itu tidak mahu bergerak dan sesuatu kejadian yang seram dan menakutkan telah menimpa Datuk Abdullah. Satu lembaga besar yang tidak dapat digambarkan dalam malam yang gelap gelita telah muncul dan menghalang perjalanan Datuk Abdullah, lalu terjadilah pergelutan yang hebat yang berakhir dengan Datuk Abdullah dapat mencabut bulu betis lembaga hitam itu ( menurut ceritanya, bulu itu bentuknya seakan-akan lidi daun enau). Semenjak kejadian itu, Datuk Abdullah dipercayai mendapat sesuatu kekuatan yang luarbiasa sehinggakan pada masa-masa tertentu gajah besar, harimau dan binatang-binatang liar yang lain sering kelihatan berkeliran di kediamannya dekat Kampung Peradong.
Bukan setakat itu sahaja, Datuk Abdullah bin Panglima Hitam juga dikatakan telah mencabut misai harimau belang di hutan Kenaboi, Jelebu. Ini bukannya cerita dongeng, tetapi kisah yang benar-benar berlaku. Orang-orang tua di Keneboi, ramai yang tahu akan kisah-kisah ini dan ada diantaranya mereka mendakwa pernah melihat sendiri misai harimau belang itu. Kejadian ini berlaku dalam tahun 1920-an, waktu beliau baru sahaja dilantik menjadi Undang Jelebu.
Datuk Abdullah juga telah menerima Pingat C.B.E yang dianugerahkan oleh King George V pada tahun 1935. Setelah kematian Datuk Abdullah, pingat itu telah diwarisi oleh anak lelaki sulungnya, Mohd.Sharif. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abd.Rahman telah menjejakkan kaki kediaman rasmi Datuk Abdullah, Undang Luak Jelebu untuk menyaksikan Datuk Abdullah bin Panglima Muda menerima Pingat C.B.E yang telah disampaikan oleh Sir Shenton Thomas, Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu bersekutu pada tahun 1935.
Datuk Abdullah bin Panglima Muda juga ditakuti oleh sesiapa sahaja kerana kegerunan yang ada pada dirinya. Tuanku Muhammad Shah juga pernah ditegur oleh Datuk Abdullah. Datuk Abdullah bin Panglima Muda telah menegur Tuanku Muhammad kerana membiarkan orang ramai menunggu terlalu lama di bawah panas terik matahari sewaktu kemangkatan Permaisuri Tuanku Muhammad Shah, Tuanku Ampuan Halijah di Istana Seri Menanti pada tahun 1921. Tuanku Muhammad hanya mendiamkan diri sementara Tengku Muda Chik (Mentua Tuanku Muhammad Shah) yang terkenal dengan sifat tegasnya juga tidak berani membantah. Baginda hanya memandang sambil tersenyum tawar. Ketegasan Datuk Abdullah bin Panglima Muda memang diakui oleh semua orang termasuk Residen British di Negeri Sembilan beliau digelar sebagai " Lion Of Jelebu".

Ada satu lagi kisah yang menarik berkaitan dengan Datuk Abdullah, di dalam satu mesyuarat di kediaman Pegawai Daerah Jelebu, Datuk Undang Abdullah telah ditegur oleh Sir Andrew Caldecott, Pegawai Kanan British yang berkhidmat di Seremban, kerana tali kasutnya tidak diikat dengan betul. Menurut cerita, Datuk Abdullah bin Panglima Muda naik berang dan menyergah orang putih itu, " kalau begitu, awak saja yang ikat tali kasut kawan....!!" Caldecott tergaman dan terketar-ketar, tanpa berlengah lagi beliau tunduk badan lalu mengikat tali kasut Datuk Abdullah. Semua orang yang hadir termasuk pegawai daerah tidak dapat berbuat apa-apa. Sejak kejadian hari tersebut Datuk Abdullah sentiasa dihormati. Semua orang akan berhati-hati apabila hendak berkata-kata dengan Datuk Abdullah.
Beberapa tahun selepas kejadian itu, ( 1931), Sir Andrew Caldecott dilantik menjadi Ketua Setiausaha Tanah Melayu. Pada 10hb Ogos 1945, Datuk Abdullah bin Panglima Muda telah menghembuskan nafas yang terakhir ketika berusia 74 tahun di Kampung Jelin.
Saturday, September 5, 2009
Jelebu, Oh Jelebu

Tika mendaki Bukit Tangga
redup nyaman rimbunan pepohon
desiran angin membelai bukit bukau
Jalanmu yang dulu berliku-liku
Kini diluruskan menjadi laluan perhubungan
Untuk Kesejahteraan dan kesenangan rakyat.
Di bumi nan bertuah ini
Flora dan fauna mesra akrab dengan kehidupan
di sini ada Jeram Gading dan Lata Kijang
tempat perkelahan yang damai
di sini ada undang luak Jelebu
ada waris buapakada tambo dan terombo
Kami diajar cakap berlunak
Tegang jangan sampai putus.
Daerah ini terletak di pertemuan
Sungai Lumut dengan Sungai Teriang
masjid tua Kuala Dulang melakar sejarah
Suku sakat dari Minangkabau
datang mencari penempatan
masyarakat diajar beradat sopan
Adat Perpatih dijadikan amalan.
Yang mewarnakan daerah ini
alam terbentang padang sepermainan
desa dibangunkan dengan seribu impian
daerah perjuangan ini
berbangga dengan kemajuan
ada felcra felda dan Jabatan pertanian
membangun tanah meneroka belantara
tegak merimbun sawit dan getah.
Jelebu Oh Jelebu
Walau arus kemajuan mengalir di dadamu
Kabus pagi masih menutup kehijauan perbukitan
Warisan bangsa tetap dipelihara
di sini kita berdiri dengan syukur
kerana daerah perbukitan ini
akan terus damai dan makmur.
-Abdul Latif Talib- novelis dari Rembau
Dewan Sastera Disember 2007
Wednesday, September 2, 2009
Friday, August 28, 2009
Friday, June 5, 2009
Thursday, June 4, 2009
Program Jejak Maklumat
Pengenalan Program
Jejak Maklumat adalah berbentuk pertandingan yang berkonsepkan ‘Treasure Hunt’ atau ‘Explore Race’. Pertandingan ini adalah berasaskan pembacaan yang mencabar minda dan kreativiti setiap murid bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang terdapat dalam bahan bacaan contohnya Pusat Sumber Sekolah. Pertandingan ini turut menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta termasuk semangat berpasukan serta kerjasama dalam kumpulan.
Objektif
Objektif Program Jejak Maklumat adalah seperti berikut :- Memberi pendedahan dan kemahiran murid-murid dalam pencarian maklumat dengan menggunakan koleksi yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah khususnya dan sumber ilmu lain amnya.- Mendekatkan murid-murid dengan perpustakaan serta menjadikan kunjungan ke perpustakaan sebagai satu rutin sebagai asas amalan pembelajaran sepanjang hayat.- Menyedarkan murid-murid tentang kepentingan perpustakaan dalam proses pembelajaran- Meransang rasa ingin tahu bagi mendorong keseronokan menerokai dunia ilmu.
Kaedah
Program Jejak Maklumat akan bermula dengan mesyuarat, pembinaan soalan dan program tinjauan lokasi di sekolah atau lokasi yang terpilih bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang termasuk:-
1. Taklimat dan pembangunan soalan untuk klu segmen-segmen dan klu utama oleh Jawatankuasa Permuafakatan GPM Sekolah Rendah Dan Menengah.
2. Penyediaan format pemarkahan.
3. Menjalankan Program Jejak Maklumat selama 1 hari
Pelaksanaan
Contoh pelaksanaan Pertandingan Jejak Maklumat adalah seperti berikut
1. Sebanyak beberapa kumpulan akan dibentuk menggabungkan sekolah-sekolah dari daerah Hulu Langat yang terdiri dari 4-5 orang peserta akan dipilih bagi menyertai pertandingan yang mencabar ini
2. Setiap kumpulan akan mendapat arahan berteraskan ilmu pengetahuan yang memerlukan mereka mengembara dari satu perhentian ( check point ) ke satu perhentian lain untuk mendapatkan klu utama dan klu segmen. Klu utama perlu dikumpulkan dan klu segmen perlu diselesaikan di setiap perhentian.
3. Pelbagai halangan akan diujudkan sepanjang pengembaraan tersebut bagi membina daya tahan dan meningkatkan pemikiran kreatif untuk melepasi halangan tersebut.
4. Kumpulan pertama dapat menyelesaikan klu utama adalah johan pertandingan ini. Bagi memenangi pertandingan ini peserta memerlukan pembacaan, persediaan, ketahanan dan strategi yang terancang.
5. Terdapat 5 perhentian yang meliputi 5 segmen yang perlu dilalui oleh para peserta secara individu menempuh halangan-halangan secara fizikal yang telah ditetapkan.
Perhentian Pertama : Segmen Ketahanan Fizikal ( Individu )Segmen Ketahanan Fizikal memerlukan peserta secara individu menempuh halangan-halangan secara fizikal yang telah ditetapkan
Contoh halangan :Peserta perlu menempuh halangan fizikal seperti lari berhalangan yang telah ditetapkan.
Perhentian Kedua : Segmen Isu Semasa ( Individu )Segmen Isu Semasa memerlukan peserta secara individu mempunyai pengetahuan mengenai isu-isu semasa dalam dan luar negara.
Contoh halangan :Peserta perlu mendapatkan keratan akhbar berserta rujukan tentang isu semasa yang diperlukan.
Perhentian Ketiga : Segmen Pemikiran Kreatif ( Individu atau berkumpulan )Segmen Pemikiran Kreatif memerlukan peserta secara individu atau berkumpulan menyelesaikan masalah dalam bentuk puzzle.
Contoh halangan :Peserta perlu mencantumkan semula gambar dalam bentuk jigsaw puzzle.
Perhentian Keempat : Segmen Uji Minda ( berkumpulan )Segmen Uji Minda memerlukan peserta secara berkumpulan menyelesaikan Teka Silangkata ( cross word puzzle)/ Cari Perkataan ( word maze) dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris seperti yang telah ditetapkan.
Perhentian Kelima : Segmen Pembacaan ( berkumpulan )Segmen Pembacaan adalah segmen utama pertandingan ini di mana para peserta secara berkumpulan menyelesaikan kesemua klu utama yang telah dikumpulkan.Klu utama tersebut melibatkan bahan-bahan di Pusat Sumber Sekolah.
Contoh halangan :Peserta perlu mendapatkan maklumat atau jawapan seperti makna perkataan dan lain-lain melalui bahan-bahan di Pusat Sumber Sekolah.
6. Bagi segmen individu, peserta perlu berbincang bagi mempastikan siapakah di antara mereka yang mempunyai kemahiran untuk melepasi halangan di perhentian pertama, kedua dan ketiga. Ini kerana setiap peserta secara individu boleh menyelesaikan halangan segmen di perhentian pertama, kedua atau ketiga SEKALI sahaja ( setiap kumpulan mempunyai 4-5 orang peserta )
7. Manakala bagi segmen berkumpulan, kesemua peserta perlu bekerjasama untuk menyelesaikan halangan segmen di perhentian keempat dan kelima.
8. Secara ringkasnya pergerakan peserta adalah seperti berikut :i. Semua peserta secara berkumpulan akan bermula di perhentian ( check point ) pertama bagi menerima 2 sampul surat yang mengandungi klu utama dan klu segmen. Klu utama tidak boleh dibuka dan perlu dikumpulkan sehingga ke perhentian kelima. Manakala klu segmen perlu dibuka untuk mendapatkan mata.ii. Setiap kumpulan perlu menyelesaikan klu segmen dengan melalui pelbagai halangan samada secara individu atau berkumpulan dari satu perhentian ke satu perhentian bagi mendapatkan 5 klu utama di mana sebanyak 2 klu utama akan diberikan di perhentian keempat.iii. Kelima-lima klu utama tersebut hanya boleh dibuka di perhentian kelima iaitu di Pusat Sumber Sekolah di mana setiap kumpulan perlu menyelesaikan kesemua klu tersebut dengan menggunakan bahan-bahan di Pusat Sumber tersebut.
Sasaran
Pertandingan Jejak Maklumat mensasarkan golonngan pesrta iaitu :--
Murid sekolah rendah tahap 2 ( Tahun 4, 5 dan 6 ) Murid sekolah menengah ( Tingkatan 1 hingga tingkatan 5 )

Wednesday, June 3, 2009
Monday, June 1, 2009
Gotong Royong Perdana PIBG 2009
Pada 23 Mei lalu, SK Sepri Tengah sekali lagi menempa sejarah dengan berlangsungnya aktiviti gotong-royong perdana. Program ini adalah anjuran PIBG SK Sepri Tengah dengan kerjasama JKKK Kampung Sepri Tengah dan melibatkan pelbagai pihak lain seperti Felda Titi, UMNO Bahagian Jelebu, Sukarelawan BUDI dan orang-orang perseorangan.Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dengan kerja-kerja pembersihan kawasn sekolah, laluan masuk dari Kampung Sepri Tengah ke sekolah, Masjid Felda Titi dan beberapa tempat lagi. Pada masa yang sama, kaum ibu pula bertungkus lumus menyediakan makanan tengahari yang berupa Gulai Umbut Kelapa, Ikan Sembilang Salai dan beberapa jenis lauk lagi.Tepat jam 11.30 pagi, YB Dato Seri Utama, Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia Malaysia hadir bersama-sama rombongan. Turut serta ADUN Kawasan Chennah, YB Tn Siow Chen Pin, ADUN Sungai Lui, YB Dato Zainal Abidin Ahmad, Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda UMNO dan ramai lagi. Beliau sempat beramah mesra dengan hadirin seterusnya mengumumkan peruntukan komputer kepada pihak sekolah.YB Dato Seri Utama Dr Rais Bin Yatim, sempat menjamu selera bersama ibubapa, guru-guru serta semua yang hadir sebelum meninggalkan majlis.
Sambutan Hari Guru 2009
Warga SKST sekali lagi meraikan sambutan Hari Guru 2009 dengan sambutan yang sederhana tetapi meriah. Sambutan yang diadakan 19 Mei 2009 bermula seawal jam 8.00 pagi dengan menjalankan aktiviti gotong-royong di persekitaran sekolah. Gotong-royong yang melibatkan guru dan murid dijalankan dalam suasana yang riang.Selain gotong royong pertandingan mewarna dan mencipta kad ucapan hari guru juga telah diadakan untuk memeriahkan sambutan hari guru tahun ini.Acara dewan bermula pada jam 10.00 pagi dengan persembahan pelbagai acara oleh pelajar. Persembahan ini melibatkan pelajar dari setiap kelas bersama guru-guru. Para pelajar juga diberikan ais krim percuma oleh guru-guru
Subscribe to:
Posts (Atom)
Profil
SK Sepri Tengah terletak di dalam Daerah Jelebu dan lebih kurang 30 kilometer Bandar Seremban. Sekolah ini berada di dalam pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Jempol & Jelebu. Berjiran dengan Kolej Komuniti, Maktab Rendah Sains Mara dan Pusat Penyelidikan Ikan Air Tawar Glami Lemi, sekolah ini merupakan antara seklah yang tertua.
Alamat Sekolah : SK Sepri Tengah, 71600 Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan DK
Kod Sekolah : NBA 0006
No Telefon: 606-6138687
Email: gpmskst@gmail.com / sksepritengah@gmail.com
Alamat Sekolah : SK Sepri Tengah, 71600 Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan DK
Kod Sekolah : NBA 0006
No Telefon: 606-6138687
Email: gpmskst@gmail.com / sksepritengah@gmail.com
VISI PSS
Membudayakan teknologi di dalam proses P & P selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan pelan Induk Pembangunan Pendidikan
MISI PSS
Menjadikan PSS SK Sepri tengah sebagai pusat penyebaran maklumat dan ilmu kepada semua warga sekolah.
MATLAMAT PSS
Meningkatkan mutu pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sepri Tengah melalui penyediaan BBM yang berkesan dan wujud di dalam kuantiti yang banyak
Membentuk program perguruan yang berilmu dan bersahsiah
Membentuk golongan pelajar yang berilmu pengetahuan, kreatif dan berinovatif
Mendedahkan pelajar tentang maklumat semasa melalui penggunaan bahan di PSS
Membentuk budaya membaca di kalangan warga SK sepri Tengah

AKTIVITI SEKOLAH
Bantuan Teknikal
Hubungi:
Guru Perpustakaan & Media
SK Sepri Tengah
Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan
Tel: 06-6138687 (waktu pejabat)
atau email kepada:
gpmskst@gmail.com
Guru Perpustakaan & Media
SK Sepri Tengah
Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan
Tel: 06-6138687 (waktu pejabat)
atau email kepada:
gpmskst@gmail.com
Komuniti PSS SKST
SK Sepri Tengah
Dedaun Masa
Dedaun Hari
Khidmat Masyarakat
Penafian
Penggunaan laman blog PSS SK Sepri Tengah adalah atas risiko pengguna semata-mata. Walaupun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, PSS SK Sepri Tengah tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan laman web dan maklumat dan bahan terkandung dalam laman web dan tidak akan bertanggungjawab sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan , termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain.