Selamat Datang Ke Laman Blog PSS SK Sepri Tengah

Wednesday, November 18, 2009

Pengedan PSS 2009

Pengredan PSS bagi SK Sepri Tengah telah diadakan pada September lalu. Sekalkli lgi PSS Sk Sepri Tengah mengekalkan gred A bagi tahun 2009. Pencapaian ini merupakan pencapaian terbaik dan usaha-usaha mempertingkatkan lagi pencapaian akan dilakukan dari masa ke semasa oleh guru-guru yang terlibat seperti En Wahidan Yunus, Guru Perpustakaan dan En Norzaman Abu Hassan, GPM.

Saturday, September 26, 2009

Kempen Basuh Tangan

Gejala H1N1 yang menular sekarang ini amat membimbangkan. Justru itu, langkah proaktif telah diambil dengan menjalankan kempen basuh tangan. Kempen yang mendedahkan cara menjaga kesihatan dengan sistematik ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Zainal Abidin Jaafar, Guru Besar SK Sepri Tengah bertempat di Dataran Perhimpunan. Penyampaian penutup mulut juga telah dilaksanakan. Program ini dilaksanakan di bawah program Doktor Muda









da

Thursday, September 10, 2009


Warga kerja PSS SK Sepri Tengah dan warga SK Sepri Tengah, Kuala Klawang merakamkan ucapan Salam Aidil Fitri buat semua warga JPNS, BTPNNS, PKG seluruh Negeri Sembilan, GPM, guru-guru serta semua pengunjung laman ini. Semoga syawal membawa seribu keberkatan

Wednesday, September 9, 2009

Datuk Undang Abdullah-Singa Jelebu




D atuk Abdullah bin Panglima Muda hidup sezaman dengan dua Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, iaitu Tuanku Muhammad Shah ( 1888-1933 ) dan Tuanku Abd.Rahman (1933-1957). Sezaman dengan Datuk Undang Luak Johol, Datuk Kamat, Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Kelana Maa'mur dan Undang Luak Rembau, Datuk Abdullah bin Dahan. Zaman pemerintahannya selama 43 tahun ( 1902-1945), sebagai Undang Luak Jelebu yang ke-12 dengan memakai gelaran Datuk Mendalika Menteri Akhir Zaman penuh dengan kenangan manis serta cerita-cerita pelik dan ganjil, hebat dan menakjubkan sehingga menjadi buah mulut yang diperkatakan sepanjang masa. Walaupun Datuk Abdullah Panglima Muda telah lama bersemadi, ( beliau meninggal pada tahun 1945, kerana sakit tua di Kampung Peradong, Kuala Klawang) dalam daerah Jelebu tidak dapat dilupakan begitu sahaja.


Antara kisah yang paling menarik ialah dalam tahun 1920-an, pada masa itu Datuk Abdullah sudahpun menjadi Undang dan tinggal di rumah sendiri dekat Kampung Peradong, tidak jauh daripada Kuala Klawang. Sewaktu malam sewaktu dalam perjalanan pulang dari Kelab Kuala Klawang, tatkala sedang melintasi sebuah jalan selekoh di tepi lereng Bukit Sarin dekat dengan Bandar Tinggi ( kawasan ini terletak antara Kuala Klawang dan Kampung Peradong) tiba-tiba kereta kuda yang sedang dipacu oleh Datuk Abdullah berhenti dan tidak mahu jalan. Puas diusahakan, kuda-kuda itu tidak mahu bergerak dan sesuatu kejadian yang seram dan menakutkan telah menimpa Datuk Abdullah. Satu lembaga besar yang tidak dapat digambarkan dalam malam yang gelap gelita telah muncul dan menghalang perjalanan Datuk Abdullah, lalu terjadilah pergelutan yang hebat yang berakhir dengan Datuk Abdullah dapat mencabut bulu betis lembaga hitam itu ( menurut ceritanya, bulu itu bentuknya seakan-akan lidi daun enau). Semenjak kejadian itu, Datuk Abdullah dipercayai mendapat sesuatu kekuatan yang luarbiasa sehinggakan pada masa-masa tertentu gajah besar, harimau dan binatang-binatang liar yang lain sering kelihatan berkeliran di kediamannya dekat Kampung Peradong.


Bukan setakat itu sahaja, Datuk Abdullah bin Panglima Hitam juga dikatakan telah mencabut misai harimau belang di hutan Kenaboi, Jelebu. Ini bukannya cerita dongeng, tetapi kisah yang benar-benar berlaku. Orang-orang tua di Keneboi, ramai yang tahu akan kisah-kisah ini dan ada diantaranya mereka mendakwa pernah melihat sendiri misai harimau belang itu. Kejadian ini berlaku dalam tahun 1920-an, waktu beliau baru sahaja dilantik menjadi Undang Jelebu.


Datuk Abdullah juga telah menerima Pingat C.B.E yang dianugerahkan oleh King George V pada tahun 1935. Setelah kematian Datuk Abdullah, pingat itu telah diwarisi oleh anak lelaki sulungnya, Mohd.Sharif. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abd.Rahman telah menjejakkan kaki kediaman rasmi Datuk Abdullah, Undang Luak Jelebu untuk menyaksikan Datuk Abdullah bin Panglima Muda menerima Pingat C.B.E yang telah disampaikan oleh Sir Shenton Thomas, Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu bersekutu pada tahun 1935.


Datuk Abdullah bin Panglima Muda juga ditakuti oleh sesiapa sahaja kerana kegerunan yang ada pada dirinya. Tuanku Muhammad Shah juga pernah ditegur oleh Datuk Abdullah. Datuk Abdullah bin Panglima Muda telah menegur Tuanku Muhammad kerana membiarkan orang ramai menunggu terlalu lama di bawah panas terik matahari sewaktu kemangkatan Permaisuri Tuanku Muhammad Shah, Tuanku Ampuan Halijah di Istana Seri Menanti pada tahun 1921. Tuanku Muhammad hanya mendiamkan diri sementara Tengku Muda Chik (Mentua Tuanku Muhammad Shah) yang terkenal dengan sifat tegasnya juga tidak berani membantah. Baginda hanya memandang sambil tersenyum tawar. Ketegasan Datuk Abdullah bin Panglima Muda memang diakui oleh semua orang termasuk Residen British di Negeri Sembilan beliau digelar sebagai " Lion Of Jelebu".


Ada satu lagi kisah yang menarik berkaitan dengan Datuk Abdullah, di dalam satu mesyuarat di kediaman Pegawai Daerah Jelebu, Datuk Undang Abdullah telah ditegur oleh Sir Andrew Caldecott, Pegawai Kanan British yang berkhidmat di Seremban, kerana tali kasutnya tidak diikat dengan betul. Menurut cerita, Datuk Abdullah bin Panglima Muda naik berang dan menyergah orang putih itu, " kalau begitu, awak saja yang ikat tali kasut kawan....!!" Caldecott tergaman dan terketar-ketar, tanpa berlengah lagi beliau tunduk badan lalu mengikat tali kasut Datuk Abdullah. Semua orang yang hadir termasuk pegawai daerah tidak dapat berbuat apa-apa. Sejak kejadian hari tersebut Datuk Abdullah sentiasa dihormati. Semua orang akan berhati-hati apabila hendak berkata-kata dengan Datuk Abdullah.


Beberapa tahun selepas kejadian itu, ( 1931), Sir Andrew Caldecott dilantik menjadi Ketua Setiausaha Tanah Melayu. Pada 10hb Ogos 1945, Datuk Abdullah bin Panglima Muda telah menghembuskan nafas yang terakhir ketika berusia 74 tahun di Kampung Jelin.


Saturday, September 5, 2009

Jelebu, Oh Jelebu



Tika mendaki Bukit Tangga

redup nyaman rimbunan pepohon

desiran angin membelai bukit bukau

Jalanmu yang dulu berliku-liku

Kini diluruskan menjadi laluan perhubungan

Untuk Kesejahteraan dan kesenangan rakyat.

Di bumi nan bertuah ini

Flora dan fauna mesra akrab dengan kehidupan

di sini ada Jeram Gading dan Lata Kijang

tempat perkelahan yang damai

di sini ada undang luak Jelebu

ada waris buapakada tambo dan terombo

Kami diajar cakap berlunak

Tegang jangan sampai putus.

Daerah ini terletak di pertemuan

Sungai Lumut dengan Sungai Teriang

masjid tua Kuala Dulang melakar sejarah

Suku sakat dari Minangkabau

datang mencari penempatan

masyarakat diajar beradat sopan

Adat Perpatih dijadikan amalan.

Yang mewarnakan daerah ini

alam terbentang padang sepermainan

desa dibangunkan dengan seribu impian

daerah perjuangan ini

berbangga dengan kemajuan

ada felcra felda dan Jabatan pertanian

membangun tanah meneroka belantara

tegak merimbun sawit dan getah.

Jelebu Oh Jelebu

Walau arus kemajuan mengalir di dadamu

Kabus pagi masih menutup kehijauan perbukitan

Warisan bangsa tetap dipelihara

di sini kita berdiri dengan syukur

kerana daerah perbukitan ini

akan terus damai dan makmur.

-Abdul Latif Talib- novelis dari Rembau

Dewan Sastera Disember 2007
PUSAT SUMBER SEKOLAH © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute